Tuesday, December 22, 2009

Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.

Gula juga adalah penyebab utama kegemukan! Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung!. Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa>.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti: Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, Sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh;
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh;
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh;
4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh;
5) Bijirin sarapan bersalut madu 220g – 10.1 sudu teh;
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh;
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh;
Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh;
9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh;
10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh;
11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu>> teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga?

Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah! “Kita adalah apa yang kita makan”

Friday, December 11, 2009

Beritaharian - Suzana dari 230kg kepada 190kg


Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey
KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.
Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.
Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.
“Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.
“Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.
Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.
Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.
“Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain,” katanya.
Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.
Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.
“Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.
“Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya,” katanya.
Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.
Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.
“Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami,” katanya.

Wednesday, December 9, 2009

Penawar bagi semua penyakit kulit...


Skrg saya nak sentuh sikit pasal DR-II.


Jus DR-II adalah merupakan satu evolusi baru dalam dunia penjagaan kulit dan kesihatan masa kini. Satu lagi sensasi dunia kesihatan dan kecantikan yang diimpikan oleh wanita dan lelaki.


Dr rozmey sekali lagi tampil dengan formula ajaib lagi hebat , amat berkesan , selamat dan murah. Hanya bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen, acerola extract powder. Diformulasi dengan bijak dan terbaik. Ia diadun dalam bentuk “powder” dengan mengunakan teknologi nano.


DR-II dengan bahan aktif sebanyak 12 gm yang larut didalam mulut meresap ke dalam badan melalui kapilari bawah lidah tanpa perlu melalui ” 1st pass effect ” oleh metabolisma hati. Anda pasti mengalami sensasi dunia kejelitaan dr-ii. Anda akan tampil dengan kulit cerah dan lembut dengan penuh bergaya, mampu mempesona sesiapa yang melihatnya.Jus DR-II adalah 50 x lebih baik dan kuasa dari injeksi vitamin C + kolagen.


Dalam masa 2 minggu anda sudah menikmati keajaiban nya !!!!!!!


Bahan-bahan:

1. Astaxanthin Ianya tulen bermutu tinggi dari mikro-alga haematococcus pluvialis hidup bebas dikedalaman 5000 kaki di bawah laut persisiran pantai pulau hawai .Ianya adalah dari kumpulan Carotenoids:Merupakan anti-oksida yang paling super hebat bertindak aktif dikesemua sel-sel badan.

Ia menjadikan pigment kulit berwarna cerah.

Melindungi kulit dari sinar UV dengan memperhebatkan perlindungan semulajadi kulit.

Mampu memperkuatkan tindakan anti-oksida yang lain dan memanjangkan fungsi dan umur sel-sel tersebut.

Mampu melembab, melembut dan menyegarkan kulit.

Menghilangkan kedut, parut dan perubahan ketuaan.

Merawat eczema dan dermatitis.

Aktiviti anti-fungalnya dapat merawat berbagai penyakit kulit yang disebabkan fungus Astaxanthin:500 x kuasa dari vitamin e dan c10 x kuasa dari beta-carotene10 x kuasa dari lutein

Paling mudah diserap kedalam badan berbanding anti-oksida lain.

Membaiki dan memelihara dna selyang rosak.

Mengurangkan keradangan.

Meningkatkan sistem pertahanan imuniti badan.

Menghasilkan sel-sel hepar yang baru.

Menghalang pembentukan arterosklerosis arteri.

Menguat dan melindungi setiap sel-sel badan.

Menguatkan aksi anti-oksida yang lain

Semulajadi dan selamat.


2. Hydrolysed marine collagen Kaya dengan amino asidl-glycine,l-prolinedan l-hydroxyproline

Memelihara sel-sel kulit yang sihat, kedut-kedut dan lain-lain tanda perubahan penuaan kulit.

Menjadikan kulit lembut, basah, elastik , licin , kelihatan segar dan muda.

Kolagen membantu melambatkan proses penuaan


3. L-lysine Adalah amino asid yang tidak dihasilkan oleh badan dan amat diperlukan untuk proses membaiki dan pembiakan sel-sel badan dan untuk membentuk antibodi, enzim dan hormon ia amat diperlukan untuk memelihara otot-otot dan tisu-tisu badan. Ia juga digunakan untuk merawat keletihan, hepatitis dan hiv


4. Acerola extract powder:- Membekalkan vitamin-C- Semulajadi, terbaik dan bermutu tinggi- Merupakan anti-oksida yang kaya dengan mineral, zat besi, phosphorus, calcium dan anti- fungal aktiviti- Menahan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan ketuaan. Cara pengambilan. Hanya buka 1 sachet DR-II dan tuangkan ke dalam mulut anda dan ianya akan meresap ke dalam badan melalui kapilari bawah lidah.


Aturan pengambilan


Ambil 1 sachet DR-II sekali sehari

Jusmate5 - jus melangsingkan badan




SALAM, Jom kita pakat2 langsingkan badan dengan produk pelangsingan terhebat dipasaran..Jus Mate5.. Saya telah berjaya merealisasikan impian saya..anda bagaimana? jom jenguk blog saya utk info produk dan testimoni

HPM di Jom Heboh Bukit Jalil - Hebat sungguh

JITRA , 8 Dis (HPM) – Percikan bunga api selama 15 minit yang menjadi acara kemuncak kepada karnival Jom Heboh di Komplek Sukan Bukit Jalil, kemarin turut meraikan kejayaan Herba Prima Marketing yang mencatatkan prestasi jualan yang cukup hebat sepanjang dua hari di situ.
Dengan jualan mencecah hampir 3000 kotak, karnival di Komplek Bukit Jalil itu berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengatasi jualan Jom Heboh di Danga Bay, Johor Bharu dan Batu Kawan, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Rozmey Che Din berkata kejayaan itu adalah berkat usaha dan kegigihan semua pihak termasuk lebih 120 pengedar aktif yang hadir secara sukarela di karnival itu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka di HPM.
Beliau berkata, karnival Jom Heboh adalah medium terbaik untuk HPM mendekatkan diri dengan pengguna kerana jumlah kehadiran pengguna adalah tinggi.
Katanya, pelaburan itu membuah hasil apabila jualan di ketiga-tiga karnival itu mencatatkan jualan yang tinggi selain jumlah keahlian yang meningkat."Ramai pengedar kita yang mendapat faedah selepas pembabitan kita dalam karnival Jom Heboh ini termasuk mendapat prospek baru yang berminat untuk menyertai HPM.
"Kita akan terus menjadikan karnival Jom Heboh ini sebagai medan untuk mempromosikan HPM kepada pengguna," katanya.Dr Rozmey berkata, tahun 2009 mencatatkan pelbagai kisah kejayaan cemerlang dan HPM dan ironi kejayaan itu akan dimantap lagi pada tahun 2010.

Kisah Enot lagi ni...berat dia turun 15kg

BUKIT JALIL, 6 Dis (HPM) – Pelakon dan pelawak terkenal Enot kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg) setelah sebulan menggunakan Jus Mate 5. Peserta sehati berdansa ini sebenarnya mempunyai masalah asma namun kata Enot sejak minum jus itu beliau lebih bertenaga untuk menari di pentas rancangan itu.“Latihan yang padat setiap hari saya tempuhi tanpa masalah semput dengan minum dua paket JM5 sehari...saya rasa lebih hebat dan cergas untuk menari sepanjang masa.“Sedar tak sedar berat badan saya turun 15 kg iaitu dari 128kg kepada 113 kg. JM5 sangat menakjubkan disamping memberi kesihatan yang lebih untuk tubuh saya,” kata beliau semasa bersama-sama pengedar lain mempromosi produk HPM di sini.Enot berkata selain membantu menghilangkan masalah asma beliau, jus itu juga menstabilkan hormon wanitanya.Kalau dulu perjalanan haid Enot tidak teratur tetapi kini beliau tidak perlu gusar lagi memikirkan tarikh haid beliau.“Saya akan terus gunakan jus ini untuk mengurangkan lagi berat badan saya sebanyak 50kg dalam tempoh tiga bulan akan datang…keyakinan ini saya kongsi dengan rakan artis sehati berdansa iaitu Didie Alias yang kini menggunakan DOC-K kerana mengalami masalah sendi,” kata Enot.Ikuti pula pengalaman Didie selepas ini yang berjaya meneruskan tarian bersama pasangannya sehingga ke peringkat top 5 Sehati Berdansa dengan bantuan DOC-K.

Tuesday, December 1, 2009

Dah hampir kurus niii..

Dah lama aku tak berposting dlm blog ni.... lebih kurang 1 bulan lebih. Sibuk bangat.

Alhamdulillah, aku dah berjaya mengurangkan berat badan lebih kurang 8 kg selepas menggunakan Jusmate5 lebih kurang 2 kotak. Berat dah turun jadi lbh kurang 63/64kg aje. Misi dah hampir berjaya..

Ayah aku dah bising2. Katanya buat apa nak kurus "nampak mcm orang sakit". Takpe, yg penting aku makin sihat, badan terasa lebih ringan, nafas pun dah tak semput!!. Yang paling aku suka semua seluar yg lama2 tu aku dah boleh pakai semula.

Ramai dah mengikut jejak langkah aku, apa lagi mencuba jusmate5lah. Ada yg jadi ahli, beli 1 kotak aje pun ramai. - tapi mahal sikitlah. Aku sekadar ingin membantu kawan2 dan diri sendiri.

Lagi satu, aku berjaya menjadi salah seorang pengedar di gerai HPM semasa Jom Heboh Bukit Jalil pada 5 dan 6 Disember ni.... harap-harap ramai yg berkunjung dan menjadi ahli....

Gambar terbaru belum ambil lagi....... nanti lah.