Wednesday, December 9, 2009

HPM di Jom Heboh Bukit Jalil - Hebat sungguh

JITRA , 8 Dis (HPM) – Percikan bunga api selama 15 minit yang menjadi acara kemuncak kepada karnival Jom Heboh di Komplek Sukan Bukit Jalil, kemarin turut meraikan kejayaan Herba Prima Marketing yang mencatatkan prestasi jualan yang cukup hebat sepanjang dua hari di situ.
Dengan jualan mencecah hampir 3000 kotak, karnival di Komplek Bukit Jalil itu berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengatasi jualan Jom Heboh di Danga Bay, Johor Bharu dan Batu Kawan, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Rozmey Che Din berkata kejayaan itu adalah berkat usaha dan kegigihan semua pihak termasuk lebih 120 pengedar aktif yang hadir secara sukarela di karnival itu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka di HPM.
Beliau berkata, karnival Jom Heboh adalah medium terbaik untuk HPM mendekatkan diri dengan pengguna kerana jumlah kehadiran pengguna adalah tinggi.
Katanya, pelaburan itu membuah hasil apabila jualan di ketiga-tiga karnival itu mencatatkan jualan yang tinggi selain jumlah keahlian yang meningkat."Ramai pengedar kita yang mendapat faedah selepas pembabitan kita dalam karnival Jom Heboh ini termasuk mendapat prospek baru yang berminat untuk menyertai HPM.
"Kita akan terus menjadikan karnival Jom Heboh ini sebagai medan untuk mempromosikan HPM kepada pengguna," katanya.Dr Rozmey berkata, tahun 2009 mencatatkan pelbagai kisah kejayaan cemerlang dan HPM dan ironi kejayaan itu akan dimantap lagi pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment